Tuesday 21 August 2012

Seni Lukis


Suatu ketika dulu, ianya dikenali sebagai matapelajaran 'Lukisan' atau 'Seni Lukis'.
Tapi istilah sebenarnya memang 'Pendidikan Seni'.
Selain dari melukis dan mewarna dengan pelbagai teknik, pelajar juga diajar berfikir 
secara kreatif. 

Contohnya, membuat buku: Memotong kertas agar setiap helaian sama ukurannya,
mengikat, menjilid, meletakkan gam.. nampak seperti mudah tapi sebenarnya 
sukar. Hasil nya, ada buku nota yang kelihatan sama seperti yang dijual
di Koperasi. Dan ada juga yang luncai.. :) :) Angkat saja, semua muka suratnya
jatuh ke lantai. Ada juga berhasil, tapi comot dengan kesan jari dan gam.

Setelah di beri markah, terpulanglah pada setiap pelajar untuk buat apa saja yang mereka mahu 
dengan hasil kerja tangan mereka : buang di tong sampah, jadi buku conteng..atau buku autograph.

Sekurang kurangnya, helaian muka surat yang comot tu menjadi cantik dan ada kenangan. Betul tak? :)

No comments:

Post a Comment